10 sebab memilih cap dagangan – TM REPUBLIC
TRADEMARK REPUBLIC SDN BHD (1332101-X)
Mon - Fri: 9:00 am to 6:00 pm

10 sebab memilih cap dagangan

Home - 10 sebab memilih cap dagangan

10 Sebab Utama mengapa Trademark Republic Menjadi Pilihan

Harga Kami Berpatutan

Kami merupakan firma pakar harta intelek di Malaysia, Singapore, Thailand dan Kemboja. Jika anda bandingkan perkhidmatan dan ciri-ciri kami dengan pesaing-pesaing kami, harga yang kami tawarkan adalah mampu milik dan berpatutan. Kami amat mementingkan kualiti dan pada masa yang sama kami percaya bahawa harta intelek sepatutnya boleh diakses dan dimiliki dengan mudah. Dengan cara ini, kami dapat membantu pelanggan berjimat sehingga beribu ringgit jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang ditawar oleh firma guaman.

Diasaskan oleh Ejen Cap Dagangan yang Berpengalaman

Trademark Republic diasaskan oleh seorang Ejen Cap Dagangan berdaftar yang merupakan seorang bekas ahli Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan telah mewakili Kerajaan Malaysia ke Konvensyen Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) di Geneva, Switzerland. Oleh itu, kami akan menyediakan perkhidmatan berdasarkan pengetahuan dan kepakaran orang dalam semasa memfailkan cap dagangan anda untuk mendapatkan kelulusan.

Tiada Kos atau Bayaran Tersembunyi

Kami amat telus mengenai tetapan harga kami. Harga yang dipaparkan dalam laman web kami (bayaran perkhidmatan + bayaran kerajaan) adalah harga yang anda akan bayar untuk memfailkan cap dagangan anda. Kami tidak akan membiarkan anda berhadapan dengan kos atau yuran tersembunyi!

Proses yang Mudah

Anda tidak perlu risau dengan hal-hal berkaitan dokumentasi yang rumit serta mengambil masa yang lama. Kami telah memudahkan proses tersebut bagi memastikan pemfailan cap dagangan anda dikendalikan secara professional dan dalam tempoh masa yang munasabah.

Penggunaan Alatan Inovatif

Trademark Republic menggunakan sistem pangkalan data yang canggih untuk membantu pelanggan memantau perkembangan serta status cap dagangan pada bila-bila masa dan di mana jua. Dengan penggunaan teknologi ini, sistem kami dapat memastikan pemantauan yang efektif ke atas cap dagangan anda. Kami sentiasa mencari cara baru untuk memudahkan dan memastikan proses cap dagangan yang lancar untuk pelanggan kami.

Perkhidmatan Pelanggan Tanpa Had

Tiada kadar pengebilan mengikut jam! Anda tidak perlu membayar perkhidmatan pelanggan kami. Kami menjanjikan perkhidmatan profesional tanpa had, tepat pada masa dan cekap bagi segala persoalan anda.

Semakan Kelengkapan Permohonan Anda

Pekerja profesional kami di Trademark Republic akan menyemak permohonan anda bagi memastikan ianya lengkap.

Jaminan Pemfailan Cap Dagangan

Jika kami tidak dapat memfailkan cap dagangan anda atau sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak memfailkan cap dagangan anda selepas menerima keputusan carian, kami tidak akan mengenakan yuran pembayaran bagi tujuan pemfailan.

Laporan Carian Cap Dagangan yang Lengkap

Kami akan memastikan carian cap dagangan dilakukan secara lengkap ditambah dengan pengalaman dan kepakaran kami. Ini adalah untuk memastikan hasil yang menyeluruh dan mudah difahami agar anda mendapat maklumat mengenai semua kemungkinan yang boleh berlaku dan boleh membuat keputusan untuk langkah seterusnya.

Kami Mempunyai Pekerja yang Mengagumkan

Pakar Trademark Republic kami mempunyai pengalaman yang lama dalam mengkaji semula cap dagangan dan menghantar permohonan cap dagangan kepada MyIPO. Kami merupakan profesional dalam bidang ini dan kami menjanjikan nasihat yang tepat serta pada tempoh yang munasabah.

× WhatsApp