soalan yang kerap ditanya – TM REPUBLIC
TRADEMARK REPUBLIC SDN BHD (1332101-X)
Mon - Fri: 9:00 am to 6:00 pm

Soalan Lazim

Apa yang cap dagangan lindungi?

Cap dagangan melindungi perkataan, nama, slogan dan logo bagi memastikan hak eksklusif (ke atas barang atau perkhidmatan yang serupa yang mungkin menimbulkan kekeliruan) penggunaan kepada pemilik cap tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan carian cap dagangan?

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tidak akan mendaftarkan cap dagangan yang serupa dengan cap dagangan yang telah didaftarkan. Ini bermakna carian cap dagangan sangat penting sebelum permohonan cap dagangan difailkan dan carian cap dagangan juga disyorkan oleh kebanyakan wakil undang-undang. Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk menjalankan carian cap dagangan untuk cap dagangan anda.

Bila tanda ® atau ™ boleh dipakai?

Anda boleh menggunakan tanda ™ bersebelahan dengan cap dagangan anda dengan secara langsung, namun begitu, anda hanya boleh menggunakan tanda ® bersebelahan dengan cap dagangan anda hanya selepas cap dagangan anda telah melalui semua proses pendaftaran cap dagangan (dalam tempoh 9-14 bulan) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan.

Berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan sijil cap dagangan?

12-18 bulan bagi pendaftaran yang lancar (tanpa tindakan pejabat, bantahan atau tentangan).

Adakah terdapat sebarang bayaran tersembunyi untuk memfailkan cap dagangan saya?

Tiada. Bayaran yang dipaparkan dalam laman web kami adalah jumlah kos (bayaran perkhidmatan + bayaran kerajaan) yang perlu dibayar untuk memfailkan cap dagangan anda.

Adakah perkara lain yang perlu saya lakukan untuk memfailkan cap dagangan saya?

Ada. Apabila kami telah selesai dengan semua perkara yang perlu kami lakukan (semakan semula dan format senarai barangan, akuan berkanun serta maklumat permohonan), kami akan menghantar borang pengesahan permohonan untuk anda semak melalui emel. Sekiranya semua maklumat adalah tepat dan betul, anda mestilah menandatangani borang pengesahan permohonan tersebut dan selepas itu kami akan menghantar permohonan cap dagangan anda ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Mengapa terdapatnya bayaran kerajaan sebanyak RM1,300?

MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) mengenakan bayaran ke atas setiap kelas, dalam kebanyakan situasi, hanya satu (1) kelas diperlukan. Walaubagaimanapun, kelas tambahan boleh dibeli atas permintaan anda untuk mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif.

Adakah kewarganegaraan Malaysia diperlukan untuk mendapat cap dagangan?

Tidak. Kewarganegaraan pemohon perlu dimasukkan dalam rekod, namun ia tidak semestinya memerlukan kewarganegaraan Malaysia.

Adakah pendaftaran Malaysia sah di luar Malaysia?

Tidak. Setiap negara mempunyai undang-undang mengenai pendaftaran yang perlu dirujuk.

Berapa lama pendaftaran cap dagangan bertahan?

Cap dagangan Malaysia boleh bertahan selamanya seperti berlian selagi ianya digunakan dalam pasaran perniagaan dan diperbaharui setiap 10 tahun.

Bolehkah cap dagangan dipindah atau dijual?

Boleh. Cap yang telah didaftarkan boleh dipindah atau dijual. Terdapat bayaran yang dikenakan oleh MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).

× WhatsApp